Posted by: adzrif | 27 September 2009

Broyotan Senin Dewi

bsd1
Hmm,,
Mesti ramai yang tertanya apa itu “Broyotan”,,
Broyotan bermaksud,,
Sesuatu kumpulan atau kelompok,,
Seperti keturunanlah,,
Senin pula ialah,,
Ayah punya atok penulis,,
Dewi pula,,
Ibu punya atok penulis,,
Hmm,,
Sudah paham,,
Pada 2009,,
Ahli broyotan telah mencecah 700 lebih,,
Penulis terasa begitu terkejut,,
tetapi yang datang pada hari 23 september hanya 450 lebih,,
tetapi penulis berasa begitu bangga,,
bukan senang hendak kumpul ahli keluarga seramai 700 lebih,,
ada yang pergi kerja,,
berniaga,,
dan macam-macam lagi,,

Broyotan Senin Dewi 2009/1430H diadakan untuk kali ke 7 pada 23 September 2009 (4 Syawal 1430H) di Kampong Bukit Badung, Bestari Jaya, Selangor. Lebih dari 470 ahli keluarga besar Senin Dewi hadir di perjumpaan tersebut. Hos pada tahun ini adalah dari BSD Umar @ Bani.Sewaktu majlis berlangsung ada diedarkan foto lama dengan berfrem cantik, 3 jejaka BSD dimana dua daripadanya hanya kenal pada namanya sahaja iaitu Bani @ Umar dan juga Bakor.Berdasarkan sejarah BSD nama asal bagi 8 adik beradik Senin Dewi adalah Pardi (Hj. Ab Aziz), Bari (Hj. Abdul Wahab), Bakin (Hj. Bakor), Bani (Hj Md Umar), Hjh Nimah, Hjh Kamsatun, Hj. Othman dan Hj Mokhtar. Khabarnya nama-nama asal ditukar ke nama baru sewaktu mereka mengerjakan fardhu haji.Barisan Kepimpinan BSD diketuai oleh Haji Saroni , En Samingan (Setiausaha), En Noor Apandi (Bendahari) dan wakil-wakil dari Keluarga besar BSD iaitu Hjh Sumiah, Hj Shamsuddin, Hj Azmi, En Md Masshoud, Hj Afandy, Pn Ngatiah, En Samingan dan Hj Saroni.Slogan BSD ialah “Guyup Selawase” hasil kreatif salah seorang anak senin-dewi iaitu Tuan Haji Mokhtar menjadi kenyataan.”Guyup Selawase” bermaksud permuafakatan keluarga untuk selamanya.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.